Keistimewaan Dealer Goldcrest Pavilion

Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009.

GCP menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

PRODUK UTAMA
Bagi menggalakkan masyarakat menyimpan emas tulin, GCP telah mengeluarkan Rantai Tangan emas 999 sebagai produk utama.

Selain itu GCP telah mengeluarkan dinar sendiri iaitu DINAR GCP yang berketulinan 999.9 mengikut piawaian matawang dinar yang digunakan pada zaman Rasulullah S.A.W.

GCP juga merupakan pengedar sah jongkong emas PAMP SUISSE keluaran PAMP S.A Switzerland.

VISI
Simpanan emas menjamin masa depan

MISI
Meningkatkan Ekonomi Bumiputra Melalui Simpanan Emas

MATLAMAT
Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.

Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.

Memberi peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas .

Mulai 1 JUN 2011 bayaran pendaftaran utk menjadi pengedar adalah RM5000. Bayaran ini untuk pembelian set emas GCP iaitu 1 dinar GCP 999.9, 10g bar GCP 999, 10g Rantai tangan 999 Bernilai rm4000 ATAU mengikut harga emas semasa/harga pengedar GCP dan yuran keahlian rm1000.

Mulai 1 JUN 2011 tempahan online dibuka 24 jam isnin hingga jumaat (hari bekerja sahaja.

SYARAT DAN KEISTIMEWAAN PENGEDAR SAH GCP

 PENDAFTARAN PENGEDAR GCP.
1)         Dokumen yang diperlukan:-
a)         Introducer/Pengenal
b)         Satu salinan kad pengenalan
c)         Dua keping gambar ukuran passport
d)         Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
e)         Bayaran pendaftaran RM5000 (Belian emas: Rantai tangan 10g, bar GCP 10g, 1 dinar GCP dan yuran keahlian sahaja)

TERMA DAN SYARAT PENGEDAR SAH.
1)PENGEDAR tidak dibenarkan terlibat dalam sebarang aktiviti perniagaan yang menganjurkan SKIM pelaburan emas yang menyalahi Akta Syarikat, Akta BAFIA,AMLA,Akta Suruhanjaya sekuriti serta Undang-undang Malaysia.
2)PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP atau resit yang dikeluarkan oleh GCP untuk menjual selain daripada produk yang dikeluarkan oleh GCP.
3)PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP atau resit yang dikeluarkan oleh GCP untuk membeli emas curi/disyaki diperolehi secara haram.
4)PENGEDAR tidak dibenarkan mengambil bayaran pendaftaran/deposit tempahan/wang pendahuluan tempahan/bayaran penuh tempahan daripada pelanggan. Bayaran tersebut hendaklah terus dimasukkan ke akaun GCP.
5)PENGEDAR tidak dibenarkan menggunakan nama GCP/resit GCP/Logo GCP untuk tujuan promosi tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pengurusan GCP.
6)PENGEDAR hendaklah menjaga nama baik GCP pada setiap masa.
7)Sekiranya didapati PENGEDAR melanggar salah satu syarat di atas, Pihak GCP berhak menarik balik pelantikan PENGEDAR tersebut tanpa sebarang notis.
8) Pihak GCP TIDAK akan bertanggungjawab di atas salahlaku PENGEDAR yang melanggar undang-undang Malaysia.Sebarang tindakan undang-undang adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.
9)Penarikan diri sebagai PENGEDAR: Pihak GCP berhak untuk tidak akan memulangkan semula bayaran perkhidmatan,dan kos penghantaran jika PENGEDAR ingin menarik diri sebagai PENGEDAR sah GCP tanpa alasan yang munasabah.
10)Pihak GCP tidak akan bertanggungjawab di atas segala tuntutan daripada pihak ketiga/pelanggan dan pihak GCP hanya berurusan dgn PENGEDAR sah sahaja. Semua tuntutan adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh PENGEDAR.
11) Pihak GCP berhak mengubah terma dan syarat pengedar pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

TERMA DAN SYARAT PENGHANTARAN.
1)Penghantaran produk terus kepada PENGEDAR adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh pihak GCP. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran, produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak GCP.
2) Penghantaran produk terus kepada PELANGGAN seperti yang diarahkan oleh Pengedar adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh Pengedar. Jika berlaku kehilangan sewaktu penghantaran Produk tersebut akan diganti dan semua kos adalah ditanggung sepenuhnya oleh pengedar.
3) Pihak GCP berhak mengubah terma dan syarat penghantaran pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

FAEDAH MENJADI PENGEDAR GCP
1)Membeli emas dengan harga rendah.
Pengedar sah GCP mempunyai keistimewaan untuk membeli emas dgn harga Pengedar (DP)
UNTUNG 8%  @ MURAH 8%
HARGA RANTAI TANGAN 999
Harga Pengedar (DP) : RM132.00/g
Harga Pelanggan (CP): RM142.56/g ( tambah 8% daripada harga Pengedar)
UNTUNG 7-8 % BAR
Harga Pengedar (DP) : Gold Bar GCP 20g RM: 3060/pc
Harga Pelanggan (CP) : Gold Bar GCP 20g RM: 3320/pc
UNTUNG 1 DINAR =RM 25
HARGA DINAR GCP 999.9
Harga Pengedar (DP) : RM600.00
Harga Pelanggan (CP): RM625.00 ( tambah RM25.00 daripada harga Pengedar)
HARGA JONGKONG EMAS PAMP SUISSE 100g
Harga Pengedar (DP) : RM12,480
Harga Pelanggan (CP): RM13,478 ( tambah 5% daripada harga Pengedar)
2)Perkhidmatan penghantaran (PERCUMA- TERUS KE RUMAH ANDA @ CUSTOMER).
GCP menyediakan perkhidmatan penghantaran kepada pengedar. Cara serahan dengan tangan atau melalui Pos Laju. Kehilangan barangan sewaktu penghantaran kepada dealer adalah tanggungan sepenuhnya oleh pihak GCP. 
3) Modal disediakan dalam bentuk stok emas.
GCP menyediakan modal perniagaan dalam bentuk stok emas kepada para pengedar di mana pengedar hanya perlu membuat tempahan dan GCP akan menghantar emas terus kepada pelanggan yang telah ditetapkan oleh pengedar tanpa sebarang kos penghantaran.
4) Modal tunai disediakan untuk membeli semula produk yang telah dijual.
GCP menjanjikan pembelian semula Gold bar pamp suisse dan Rantai Tangan emas 999 GCP yang telah dijual kepada pelanggan dengan susut nilai sebanyak 15% daripada harga jualan (Harga pelanggan CP) semasa. Manakala pembelian semula daripada pengedar pula dikenakan sebanyak 5% hingga 6%daripada harga pengedar (DP) semasa.

Contoh:-
Belian semula daripada pelanggan(CP): RM142.56 – 15% = RM121.17
Belian Semula daripada Pengedar(DP): RM132.00 – 5% = RM125.40
Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.
5)Modal tunai untuk membeli emas terpakai.*
Pengedar digalakkan membeli emas terpakai mengikut harga yang disyorkan oleh GCP. Modal untuk membeli emas terpakai diberi oleh pihak GCP. Pengedar hanya perlu memaklumkan kepada GCP jumlah berat emas yang hendak dijual oleh pelanggan seterusnya pihak GCP akan menghantar wang tunai kepada pengedar.
6)Perkhidmatan selepas jualan.
GCP menyediakan perkidmatan selepas jualan dengan kos yang minimum seperti:
1)Mencuci emas (percuma)
2)Mencelup emas (kos minima)
3)Menilai harga emas terpakai (percuma)
4)Teknik membuat keuntungan dengan emas menggunakan arrahnu (percuma)
7)Kursus Usahawan Emas (percuma).
Pada setiap hari sabtu, GCP mengadakan kursus kepada Para pengedar GCP bertempat di pejabat GCP bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.30 t.hari.
Modul Kursus;
1)Teknik pemasaran
2)Membeli emas terpakai
8)Insentif Pengedar (dealer get dealer).
Pengedar yang memperkenalkan pengedar baru akan mendapat insentif seperti berikut:-
1)Komisyen RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
2)Komisyen rm1.00 se gram bagi setiap pembelian oleh pengedar baru yang diperkenalkan (untuk rantai tangan emas 999 dan gold bar 999.9 sahaja)
Contoh insentif dealer get dealer:
Abu memperkenalkan syahir sebagai pengedar maka Abu mendapat komisyen rm100.00
Contoh insentif pembelian:
Syahir membeli 500g rantai tangan 999. Abu mendapat komisyen rm500.
Jika Syahir pula memperkenalkan Hasyim sebagai pengedar, hanya Syahir sahaja mendapat komisyen, Abu tidak dapat sebarang komisyen.
Abu hanya mendapat komisyen secara berterusan bagi setiap pembelian yang dibuat oleh Syahir sahaja.
Insentif bulanan:
Jika dalam tempoh 1 bulan, pengedar berjaya memperkenalkan 10 orang atau lebih pengedar baru, pihak GCP akan memberikan Bonus RM100 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan.
Contoh: 10 orang x rm100 = RM1000.00
PENUTUP
Emas adalah pelindung nilai yg terbaik. Lindungi diri anda dan generasi pewaris anda dari kesusutan nilai matawang dan kenaikan kadar inflasi yg akan menyebabkan wang simpanan anda menyusut nilai. Berubahlah kepada simpanan emas. Kerana Rasulullah telah bersabda; akan tiba suatu zaman, tiada yg lebih berharga kecuali emas dan perak.
Diharapkan usaha GCP untuk merealisasikan visi,misi dan matlamatnya akan tercapai.

Disediakan oleh:
Shamsul Anuar Bin Md Ali,
Pengarah Urusan,
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd

GOLDCREST PAVILION SDN BHD - Official Website 2010/2011
Powered by :
YUHANIZ BT MOHD NASIR
DEALER RASMI GCP ANDA
HUBUNGI:  012-458 3862
iluvgcp@gmail.com