2 Sep 2011

Bagaimana untuk bermula ?

First sekali, sebagai pelabur emas anda perlu memahami perkara-perkara dibawah:

1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur.  Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.

2. Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula.

3. Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam  jangka masa panjang harganya akan meningkat naik.

4. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas  bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas.  Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas.

5. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan).   Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.

6. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan  dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Contohnya ialah:

Kitco (www.kitco.com)
The Bullion Desk 
(www.thebulliondesk.com)
Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
Mineweb (www.mineweb.com)
Casey Research 
(www.caseyresearch.com)
Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
World Gold Council (http://www.gold.org/)

Belilah emas dgn ilmu. saya suggest invest on knowledge first,   kalau tiada knowledge, better jgn invest. beli buku, attend seminar atau workshop. log je http://www.jutawanemas.com/


Tak semestinya invest mesti start dgn duit, masa juga adalah investment. ..insyaAllah hati pun tenang..elakkan manipulasi..beli emas..pastikan dpt emas.

0 comments:

Post a Comment