20 Aug 2011

Impian dan Hutang


Semua orang ada impian dan cita-cita kan. Apakah impian dan cita-cita anda. Impian saya hendak menjadi seorang `JUTAWAN TANPA HUTANG. Semua orang ada hutang kan.Walaupun ia adalah hutang baik atau hutang jahat,sikit atau banyak,ia tetap hutang.

Hutang inilah selalu membuatkan diri saya tidak senang duduk dan tidak tenang.

Benarlah seperti yang pernah dikatakan oleh Baginda Rasulullah dulu.

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”

[Riwayat al-Baihaqi ]
Saya nak share dgn semua, artikel dari my mentor cikgusimple. Sumber : http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=187351&page=149
kebelakangan ini..rmi org masih bncg lagi ttg pajak -memajak ni..

sebelum ini dh rmi rakan peniaga emas yg jangka..akan berlaku acara jual-menjual emas di ar rahnu..tk kurang lelong-melelong...

siapa yg untung dan siapa yg rugi dlm soal ni?

teringat kata2 : org tamak selalu rugi..

kebetulan hari ni..terbca ttg manipulasi dan hal memajak ni..

nak share dgn smua

-perkataan overlapping/pajakan untuk jadi kaya itu berbaloi hanya boleh digunakan dalam konteks tatacara kapitalis. pernah dibincangkan tentang isu ini, cuma apa yang boleh dikatakan, x sesuai dengan konsep islam yang tidak menggalakkan hutang untuk jadi kaya.

-Umat Nabi saw. sentiasa dalam keadaan meninjau-ninjau perbuatan Nabi saw. supaya boleh dijadikan ikutan, bagi mengelak dari termasuk ke dalam golongan "yang enggan" seperti yang dinyatakan dalam satu hadis yang sangat penting ini:

“Semua umat aku akan masuk syurga kecuali sesiapa yang enggan.” Bertanya para sahabat: “Siapakah yang enggan wahai Rasulullah ?” Jawab Baginda: “Sesiapa yang mentaati aku akan masuk syurga dan sesiapa yang mengingkari aku maka dialah yang enggan.” (HR Bukhari, Al-Hakim)

Ketahuilah saudara ku Nabi saw. berhutang atas keperluan, bukan nak tambah harta kekayaan.

sama-samalah kita berusaha supaya Allah swt. tetapkan duduk dalam naungan syafaat Nabi saw., sebagai Umat Nabi saw. insyaAllah

-ni kerana Allah swt berfiman dalam al-Quran Karim:

"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata." (al-Ahzaab, 36)

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak." (al-Ahzaab, 21)

Kerana perbuatan dan percakapan Nabi saw. itu bukan berdasarkan nafsu, malah wahyu yang sepatutnya jadi ikutan kita yang mengaku beriman kepada Allah swt.

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kamahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanya wahyu yang dibawakan (kepadanya)”. (An-Najm, 3-4)

Ringkasnya saudara ku, "JANGAN MEMINJAM JIKA BUKAN ATAS KEPERLUAN HIDUP, JANGAN MEMINJAM SEMATA-MATA MAHU MENAMBAH KEKAYAAN" insyaAllah.

-kalau ikutkan sejarah pun, budaya menggalakkan berhutang ni baru lagi, orang dulu-dulu hanya berhutang bila dah terpaksa sangat.. dulu tak ada istilah berhutang untuk beli benda-benda mewah.. kenapa kita digalakkan berhutang? supaya mereka dapat bunganya, iaitu riba.

0 comments:

Post a Comment